Resepi Sup Ayam Bersama Suhun | Assalamualaikum atas permintaan anak dara Cida nan seorang ini. Sup ayam bersama suhun untuk seorang makan.


Bahan Kisar
  • 1/4 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
Bahan Tumis :
  • Minyak
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
Bahan-bahan
  • 4 ketul ayam
  • Air
  • Suhun (direndam)
  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Daun Sup
  • Lada Hitam

Cara Memasak : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk. Masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga hampir mendidih.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan lada hitam yang ditumbuk kasar dan garam. Biarkan sehingga ayam masak.
  4. Masukkan sayur semua dan biarkan sekejap baru masukkan suhun yang telah direndam tadi.
  5. Rasa dan boleh tutup api

** lada hitam Cida tumbuk kasar kerana anak dara sorang tu tak makan pedas

Kredit : Google