FOBIA PADA KUCING, AILUROPHOBIA | Assalamualaikum makhluk yang satu ni memang comel, tapi bila dia mendekat terasa macam akan ada kerusi atau meja bakal arwah sebab tak mampu tampung berat badan orang. Pernah dengar sesetengah orang fobia pada kucing?

Mungkin ia kedengaran agak mengada-ngada. Hey! Makhluk yang sebegitu comel pun awak takut? No No jangan dicuba-cuba kenenkan kami ya?

Pengalaman semasa umur Enam tahun, sebelum kejadian kami berdua memang rapat. Makan bersama, borak bersama. Namanya Oreng, dan tentulah sebab bulunya berwarna oren dan bermata biru. Dikira anak angkat mak Cida, ceh tanak mengaku adik angkat, guna nama mak pula. 

 

Oreng tetiba menyerang Cida tanpa usul periksa. Habis dicakar dan digigit kain sekolah. Sampai satu tahap I pun langkah seribu tinggalkan dia. Siapa sangka, kuku dia sangkut pada kain I, apa lagi terseret sekali si Oreng masa Cida larikan diri dari dia. Sambil melalak melolong bagai dikejar hantu. Sejak insiden tu, SOP sentiasa di jaga. Masa pendemik ni kita kekalkan jarak 1 meter, Cida amalkan jarak 5 meter dengan Oreng. 

Sekarang mode standby Cida auto on bila nampak makhluk yang satu ni. Berbeza dengan Sofia suka dan nak pelihara. ohhh! maafkan ibu kerana proposal awak itu ditolak awal-awal.